Thursday 15 September 2011

ASPURA BALIK BERCUTI UNTUK SAMBUT MERDEKA.

                        
Erti Kemerdekaan
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 


Tarikh Khamis 15 Sept. 2011, jam 7.00 ptg.
Budak-budak Aspura tkn. 1 & tkn. 2 nak balik bercuti sambut
Hari Kemerdekaan ke 54 dan Hari 1Malaysia, esoknya Jumaat 16 Sept. 2011.

Lagi pelajar Aspura tkn. 2.


P&P DI MAKMAL SAINS

Guru Sains Pn. Nurul Ain Danyal sedang memantau pelajar 1PK2 menjawab latihan.

Pelajar lain kelas 1PK3 sedang menyalakan penunu bunsen.

Pelajar 1PK3 dengan gurunya Cik Chiu Siew Yee  dalam latihan amali.

Lagi pelajar 1PK3 sedang membuat amali.