Monday 12 November 2012

MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN SURAU BARU & HARI Q TAHUN 2012
Majlis telah diadakan pada tarikh Jumaat 9.11.2012. Selain daripada majlis pecah tanah diadakan juga Hari Kualiti Tahun 2012, iaitu penyampaian Anugerah Skim Galakan Munshi dan penyampaian Anugerah Kecermelangan Peperiksaan SPM dan STPM Tahun 2011.

Majlis Pecah Tanah ini adalah bertujuan mendapatkan sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk pembinaan surau baru dua tingkat yang bernilai RM570,000. Wang kutipan daripada orang ramai yang terkumpul sebanyak RM280,000 tidak mencapai target menggantikan surau lama yang telah uzur dan disahkan tidak selamat oleh pihak JKR.

Bermula jam 8.30 pagi penyampaian anugerah telah dimulakan dan anugerah disampaikan oleh Tn. Hj. Isnin bin Aman iaitu YDP PIBG , En. Othman Sagap PPD Daerah Melaka Tengah dan Tn. Hj. Md. Rashid bin Hj. Hussin Tuan Pengetua sendiri.

Ketibaan tetamu kehormat Datuk Seri  Haji Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka adalah pada jam 10.30 pagi. Di dalam ucapan perasmian majlis, Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd. Ali telah mengumumkan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM150,000 untuk Tabung Pembinaan Surau. Terima kasih kepada Datuk Seri.

Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd. Ali sedang memberi ucapan.  

Barisan tetamu, guru-guru dan para pelajar yang sedang tekun mendengar ucapan Datuk Seri. 

Sidang media oleh pihak akhbar di Dewan Makan Aspura. 

Sidang media oleh Pengetua Tuan Haji Md. Rashid Bin Haji Hussin.