Friday 18 November 2011

MAJLIS TEMU WARIS AKHIR TAHUN

Majlis Temu Waris Akhir Tahun 2011 telah diadakan pada tarikh Jumaat 18.11.11. Majlis diadakan di dewan terbuka Wawasan bermula dari jam 3.00 hingg 5.00 ptg. Hampir semua pelajar tingkatan 1 dan 2 hadir bersama ibu bapa atau penjaga berjumpa dengan guru tingkatan masing-masing.
Selain daripada mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa/penjaga, guru-guru juga dapat berbincang tentang prestasi pelajaran pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun yang telah diadakan dari 17.10.11 hingga 1.11.11 yang lalu.
Ibu bapa akan diserahkan slip keputusan peperiksaan anak masing-masing serta senarai keperluan buku dan alat tulis yang patut disediakan untuk sesi persekolahan tahun 2012. Ibu bapa juga akan diserahkan wang bantuan sumbangan kerajaan sebanyak RM100.00 seorang kepada setiap pelajar yang masih belum mendapatkannya.

Pengawas Senior dan Pengawas Percubaan membantu guru menyambut ibu bapa
dan penjaga di pintu masuk sekolah.

Suasana di Dewan Wawasan memperlihatkan kehadiran pelajar dengan keluarga masing-masing.


Objektif Program:
1.     Memperkukuhkan hubungan yang lebih erat antara guru dan ibu bapa/penjaga demi memastikan kejayaan dalam bidang akademik dan sahsiah pelajar.
2.     Ibu bapa menerima maklum balas dari guru-guru berkaitan akademik dan sahsiah pelajar semasa disekolah berasaskan keputusan ujian dan peperiksaan sepanjang tahun.

3.    Kehadiran ibu bapa diharap dapat meningkatkan perasaan serta semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar untuk terus berjuang dalam pelajaran demi masa depan mereka.

Ibu bapa/penjaga begitu bersemangat dan penuh perhatian ketika berhadapan dengan guru tingkatan.

Penerangan dan perbincangan dengan ibu bapa oleh cikgu Siti Faezah Jumali dan
juga cikgu Hanani Rahayu Ab. Jalil.

Sama-sama melihat dan memberi tumpuan daripada keputusan pelajaran anak.

Melentur buluh dari rebung. Setelah keras dibuat sampan
Dari kecil anak dikendung. Sudah besar menjadi harapan.


Wednesday 16 November 2011

CERAMAH SIVIK DAN KEWARNEGARAAN

Program ceramah untuk pelajar sidang petang pada tarikh Selasa 15.11.11 bertempat 
di Dewan Intelek Aspuri Munshi. Ceramah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka oleh
En. Tn. Hj. Mohd. Emeran bin Abd. Salam (Timb. Penguasa Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka)
dari jam 2.00 - 3.30 petang. Ceramah bertajuk Masalah Sosial Pelajar Masa Kini.
Tn. Hj. Mohd. Emeran sedang menghuraikan masalah sosial dengan pelajar.

Sebahagian daripada pelajar lelaki Tingkatan 1 dan 2 dari semua kelas Kemahiran Teknikal 
sedang mengikuti ceramah.

Sebahagian daripada pelajar perempuan kelas 1KT2.

Pengacara majlis En. Amran Zainal bersama Hj. Mohd. Emeran.

Cenderahati daripada sekolah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Petang.

@@@@@@@@@@@@

CERAMAH DISIPLIN dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pula telah diadakan
pada tarikh Rabu 16.11.11 di tempat dan masa yang sama.
Ceramah disampaikan oleh Insp. Maya Maizura (PRO Sekolah) dan Sub. Insp. ......
Cenderamata disampaikan oleh GPK Petang .


Thursday 10 November 2011

KARNIVAL 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Unit Sukan SMKMA menganjurkan Karnival 1Murid 1Sukan diadakan pada tarikh 9 dan 11 Nov. 2011, mulai jam 4.00 - 6.30 ptg., dikalangan pelajar-pelajar sidang petang. Pertandingan yang diadakan adalah bola jaring, galah panjang dan bola keranjang untuk pelajar perempuan dan sepak takraw, bola keranjang dan futsal untuk pelajar lelaki.

Pelajar lelaki dalam perlawanan bola keranjang.

Pelajar-pelajar yang sedang menonton dan menunggu perlawanan.

Pelajar lelaki dalam perlawanan bola keranjang.

Pelajar perempuan yang berada di kantin bersama Cikgu Siti Hajar Ramli.

Cikgu Fara Riza Bahradin sedang mengadili perlawanan bolajaring.

Cikgu Mustadza Mustafar sedang mengadili perlawanan futsal.

AKAN DIKEMASKINIKAN LAGI.....

CERAMAH MOTIVASI

Ceramah motivasi daripada SMART SUCCESS CONSULTANT, Kuala Lumpur.
Disampaikan oleh Dr. Abd. Malek Seman dan isteri kesayangannya Pn. Kamariah Othman.
Tarikh:  Rabu 9 Nov. 2011
Masa:  2.00 - 3.30 ptg.
Tempat:  Dewan sekolah.
Sasaran: Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2.

Dr. Abd. Malek  sedang memberikan ceramah. 

Pelajar-pelajar sedang ashik mendengar ceramah. 

Setelah diadakan satu soalan kepada seorang pelajar.

Pn. Kamariah Othman bersama sebahagian daripada guru-guru yang hadir sama.

Cenderahati disampaikan kepada penceramah.