Monday 12 November 2012

MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN SURAU BARU & HARI Q TAHUN 2012
Majlis telah diadakan pada tarikh Jumaat 9.11.2012. Selain daripada majlis pecah tanah diadakan juga Hari Kualiti Tahun 2012, iaitu penyampaian Anugerah Skim Galakan Munshi dan penyampaian Anugerah Kecermelangan Peperiksaan SPM dan STPM Tahun 2011.

Majlis Pecah Tanah ini adalah bertujuan mendapatkan sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk pembinaan surau baru dua tingkat yang bernilai RM570,000. Wang kutipan daripada orang ramai yang terkumpul sebanyak RM280,000 tidak mencapai target menggantikan surau lama yang telah uzur dan disahkan tidak selamat oleh pihak JKR.

Bermula jam 8.30 pagi penyampaian anugerah telah dimulakan dan anugerah disampaikan oleh Tn. Hj. Isnin bin Aman iaitu YDP PIBG , En. Othman Sagap PPD Daerah Melaka Tengah dan Tn. Hj. Md. Rashid bin Hj. Hussin Tuan Pengetua sendiri.

Ketibaan tetamu kehormat Datuk Seri  Haji Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka adalah pada jam 10.30 pagi. Di dalam ucapan perasmian majlis, Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd. Ali telah mengumumkan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM150,000 untuk Tabung Pembinaan Surau. Terima kasih kepada Datuk Seri.

Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd. Ali sedang memberi ucapan.  

Barisan tetamu, guru-guru dan para pelajar yang sedang tekun mendengar ucapan Datuk Seri. 

Sidang media oleh pihak akhbar di Dewan Makan Aspura. 

Sidang media oleh Pengetua Tuan Haji Md. Rashid Bin Haji Hussin.







Thursday 27 September 2012

Tahniah kepada mantan GPK Petang

Warga Munshi dari Sidang Petang mengucapkan tahniah kepada En. Mansor Bin Idris sebelum ini menyandang jawatan GPK Petang ke jawatan baru iaitu GPK 1 SMK Munshi Abdullah.





Semoga SMK Munshi Abdullah akan terus sukses dan cemerlang di bawah kepimpinan GPK 1 yang baru di samping barisan pentadbiran yang lain.

Monday 3 September 2012

AKTIVITI BERSAMA PROGRAM ASTRO `OH MY ENGLISH '
Aktiviti telah dijalankan pada tarikh Khamis 30 Ogos 2012, dari 2.00 hingga 6.00 petang bertempat di Dewan Wawasan dan kelas-kelas. Melibatkan seramai 180 pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 (6 kelas) dan 6 orang fasilitator daripada pihak Astro.
Ia adalah satu program bersama agensi luar dengan matlamat mendedahkan pelajar dengan teknik pembelajaran yang berbagai gaya dan corak.
Program pendidikan `Oh My English ' ini  menggunakan teknik percakapan dan lakonan sebagai cara untuk meningkatkan mutu Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sesuai dengan konsep Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Suasana aktiviti di kelas.

Aktiviti dikelas 1KT1

Aktiviti dikelas 2KA1

Aktiviti dikelas 1KA1

Aktiviti dikelas 2KT1

Aktiviti dikelas 2PK1


 Aktiviti di Dewan Wawasan

 Guru Pen. Kanan Petang sedang memberi ucapan.

 Cenderahati untuk En Muhd. Syafiq Salleh

 Saguhati kepada ketua fasilitator

Guru-guru dan fasilitator Oh My English

Saturday 21 July 2012

PERASMIAN IHYA' RAMADHAN 1433H
Program diadakan pada hari Jumaat 20 Julai 2012 bersamaan 30 Syaaban 1433H, mulai 4.20 hingga 6.00 ptg. bertempat di dewan sekolah.
Program diadakan oleh Panitia Pend. Islam sidang petang, menyambut kedatangan bulan Ramadan. Perasmian dilakukan oleh GPK Petang.
Pelajar bukan Islam pula mengadakan aktiviti di gelanggang basketball.
Uacapan aluan oleh Pengacara majlis.



Kumpulan Ustazah.

Kumpulan pelajar perempuan Tingkatan 1 dan 2.


Bacaan al-Quran oleh palajar tingkatan 1

Bahagian tafsiran.

Penacara majlis En. Norazmi Md. Nor.

Guru-guru sedang melihat persembahan pelajar.

Sebahagian daripada pelajar perempuan.

Ucapan perasmian.

 Guru-guru yang memantau aktiviti pelajar digelanggang. 

Sebahagian daripada pelajar bukan Islam. 





Wednesday 18 July 2012

HARI PERASMIAN DAN PENUTUP KARNIVAL KOKURIKULUM 2012
Majlis Perasmian dan Penutup Karnival Kokurikulum ini diadakan pada tarikh Sabtu 14 Julai 2012
bertempat di dewan sekolah. Karnival telah diadakan bermula daripada tarikh 10 Julai 2012. Sidang pagi dijalankan pada waktu petang dan sidang petang dihalankan pada waktu pagi. Majlis dirasmikan oleh Pengurus Bank Muamalat Cawangan Cheng, Melaka, iaitu bank yang banyak menyumbang dalam melaksanakn majlis ini.
Diadakan juga beberapa pertandingan yang belum dilaksanakan seperti explore-race untuk sidang petang,
mewarna kanak-kanak, gubahan bunga dan kawat-kaki antara unit-unit beruniform.
Sempena dengan majlis ini, diadakan juga ceramah daripada Bank Muamalat sebagai LDP ke-4 dikalangan guru-guru.


 Peserta lelaki dan perempuan Tingkatan 1 dan 2 yang telah siap sedia untuk pertandingan explore-race.

 En. Nik Mohd. Amri dan Pn. Zaharah Mohd. Yusof sedang menyediakan arahan untuk explore-race.


 Ceramah daripada wakil Bank Muamalat.


 Pelajar sedang menyediakan gubahan mereka.


 GKMP Pn. Muleyani Maidawi sedang menyediakan gubahannya.

Guru disiplin Pn. Maimunah juga mengambil bahagian.

Persembahan pasukan Muzik Cina. 

Barisan VIP 

Persembahan daripada Kumpulan Koir Tingkatan 6. 

Tarian Kebudayaan Cina. 

Persembahan daripada kumpulan Tarian Melayu. 

 Pelajar bersama maskot Bank Muamalat.

 Ucapan perasmian

 YDP PIBG Tn. Hj. Isnin Aman sedang menyampaikan hadiah.


 Barisan VIP termasuk Polis Perhubungan Ins. Maya Maizura.

Lawatan VIP ke lokasi pertandinagn gubahan bunga.