Monday 31 October 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Tarikh :  Isnin 17.10.11 - Selasa 1.11.11

 Pelajar sedang tekun menjawab kertas Matematik 2 pada tarikh Khamis 20.10.11
Kelas 2KA1

Kelas 1KT2 dan Cik Nurhayah Tahir sedang mengawasi pelajar.

Kelas 1KT5 juga sedang menjawab kertas yang sama Matematik 2.

"MAJLIS JUNJUNGAN KASIH" TUAN PENGETUA

Majlis ini adalah majlis meraikan persaraan Tuan Pengetua Kanan SMKMA
En. Md. Ali Saed (1977 - 2011)
Tarikh    :   Khamis 20 Okt. 2011
Tarikh Persaraan  :   06 Disemb. 2011
Tempat  :   Dewan makan Aspura dan Dewan Besar SMKMA

Guru-guru Penolong Kanan dan GKMP bersama kenderaan yang telah dihiaskan
untuk majlis "send-off" tuan Pengetua Kanan En. Md. Ali Saed.

Minum pagi bersama Tuan Pengarah JPN Melaka Tuan Hj. Yusof Osman dan
rakan-rakan Pengetua di dewan makan Aspura.

Pengacara majlis Utz. Syed Hafiz bersama GPK Tkn. 6 En. Mohd. Yusri Seman.

En. Md. Ali Saed bersama Tuan Pengarah dan pegawai-pegawai JPN Melaka
di meja utama.

Mantan Pengetua Pn. Hjh. Khalijah Ab. Rahman sedang mengambil makanan.

Pasukan kompang sekolah siap sedia untuk memulakan perarakan.

Pasukan pembawa sirih junjung dan bunga manggar yang akan mendahului perarakan
mengiringi En. Md. Ali Saed.

 En. Md. Ali Saed diiringi oleh GPK 1 Datin Wira Hamidah Hasan (terlindung) dan
GPK HEM En. Muner Abd. Jalil sedang memeriksa perbarisan unit-unit uniform.

Pasukan Silat dan Gendang Silat sedang membuat persembahan
menyambut En. Md. Ali Saed dan tetamu sebelum masuk ke dewan sekolah.

 Barisan tetamu utama yang hadir.

 Rakan-rakan pengetua yang hadir sama.

 Persembahan koir daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah.

Sebahagian daripada pegawai pelajaran dan para pelajar sedang menyaksikan persembahan.

 Persembahan tarian 1Malaysia dari para pelajar.

 Ucapan dari Ketua Pelajar.

 Majlis penyampaian hadiah kepada En. Md. Ali Saed.
Hadiah daripada pelajar SMKMA disampaikan oleh Ketua Pelajar.

Hadiah daripada mantan Pengetua SMKMA Pn. Hjh. Che Gayah Ariffin.

 Antara guru-guru SMKMA dan pelajar yang hadir sama.

 GPK Petang bersama guru-guru.

 Tamat Majlis Junjungan Kasih.

Para pelajar menyambut salaman terakhir daripada En. Md. Ali Saed.

Wednesday 12 October 2011

PROGRAM 'KAMI PEMIMPIN CEMERLANG'


Tarikh:  Jumat 7.10.11 - Ahad 9.10.11
Tempat :  Dewan Intelek, Asrama Puteri, SMKMA
Ajuran :  Pelajar-pelajar Diploma Pengajian Islam Dengan Pembangunan Manusia dengan
kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
Sasaran:  Pelajar asrama Tkn. 1 dan Tkn. 2.

Di Malam Budaya. Peserta sedang mendengar celoteh penacara program.

Peserta lelaki yang turut serta.

Objektif Umum:
1.   Memberi motivasi dan kesedaran dalam diri mahasiswa tentang pentingnya sifat kepimpinan
di dalam diri.
2.   Menyuntik semangat mahasiswa untuk menjadi pemimpin yang berwawasan.
3.   Memupuk jati diri yang berkeyakinan dan berketrampilan tinggi para pelajar untuk menjadi pemimpin.
4.   Melatih pelajar supaya berdisiplin dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
5.   Melatih mahasiswa untuk memimpin sesebuah organisasi atau dalam kelompok yang ramai.


Peserta yang ceria memberikan respon minat dan keseronokan.

Objektif Khusus:
1.   Melahirkan lebih ramai pemimpin dari kalangan mahasiswa KUIM.
2.   Menjadikan mahasiswa KUIM berkepimpinan dalam menjawat sesuatu jawatan.
3.   Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan sesebuah program
agar berjalan dengan lancar.

Pelajar dalam kumpulan masing-masing.

Model-model daripada 'straw' hasil kerja kumpulan.

Kumpulan Burung sedang membuat persembahan.

Tuan Pengetua dan GPKP antara yang hadir dalam Malam Budaya bersama
peminat daripada pelajar Aspuri.

'Posing' untuk kenangan.

Majlis Perasmian Penutup.
Dari kiri Ketua Warden, Tuan Pengetua, Ustaz Che Rimi Hussin daripada KUIM,
GPKP dan Pengarah Program En. Muhammad Imran Mohammad daripada KUIM.


Persembahan Kumpulan Nasyid daripada pelajar Aspura.

Bersedia untuk menyanyikan lagu sekolah.

Mahasiswa KUIM membuat persembahan nyanyian beramai-ramai.


Sunday 9 October 2011

KURSUS KEPIMPINAN DAN JATI DIRI 2011

Tarikh :     Jumaat 30.9.11 - Sabtu 1.10.11
Sasaran :   Pengawas Percubaan T1, T4 dan T6B
Tempat :   Kem Saujana Asahan, Jasin, Melaka.
Anjuran :   Unit Disiplin dan Pengawas, Unit Ko-Kurikulum dan Unit Bimbingan & Kaunseling.
Perasmian Penutup :  Tuan Pengetua En. Md. Ali Saed.

Pintu gerbang Kem Saujana, Asahan.

Matlamat Kursus:
Kursus Kepimpinan Dan Jati Diri 2011 ini adalah anjuran Unit Disiplin Dan Pengawas serta 
Unit Bimbingan Dan Kaunseling , SMKMA Melaka. Kursus ini adalah sebagai salah satu
aktiviti yang dirancang oleh unit-unit ini. 
Tujuan aktiviti adalah untuk memenuhi tuntutan keperluan Falsafah Pendidikan Negara yang 
mengutamakan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek yang ibin diterapkan 
kepada setiap pemimpin. Selain daripada itu ia adalah untuk mengujudkan semangat kerjasama
dan toleransi di kalangan pemimpin. 
Oleh kerana keseluruhan pelajar yang terlibat merupakan pemimpin sekolah yang dilantik, maka
aktiviti adalah sebagai landasan awal untuk memupuk semangat berkumpulan, kerjasama dan saling membantu ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan. Secara tidak langsung, ia diharapkan 
dapat memberikan anjakan paradigma kepada setiap pemimpin yang menyertai kursus ini.

Tuan Pengetua En. Md. Ali Saed bersama guru-guru 
En. Borhan, En. Sulaiman (Guru Displin Sidang Petang), En. Ramli (GPK Ko-Ku), 
En. Masnawi (Guru Disiplin Sidang Pagi) dan En. Mohd. Yusri (GPK Tkn. 6).
Lokasi di hadapan Bangunan Pentadbiran kem.




Peserta mengaminkan doa  
dalam majlis perasmian penutup.




Lagi gambar peserta sedang mengaminkan doa.

Tuesday 4 October 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI SUNGAI RAMBAI, MERLIMAU.

Pada tarikh Khamis 22.9.2011 seramai 40 pelajar tingkatan 1 dan 2 bersama 4 orang guru
mengadakan lawatan ke Kem Modal Insan Parit Penghulu, Sungai Rambai.
Di bawah peruntukan panitia Geografi dan kaunseling, antara objektif lawatan ialah
 pendedahan kepada pelajar realiti kehidupan sebenar di kawasan kampung.

 Sejurus sampai ke destinasi dan sebelum minum pagi di dewan makan.

Guru-guru pengiring dari kiri Pn. Normala, Cik Nurhayah, Pn. Fauziah dan Pn. Zanariah.

Taklimat disampaikan oleh urusetia sebelum membuat aktiviti.

Mencari dan menangkap ikan keli Keli Afrika di kawasan paya.

Latihan bekerjasama dan semangat bersatupadu menutup buluh yang berlubang
supaya tidak keluar air yang dimasukkan.

Menceduk air menggunakan alat yang direka khas.

Latihan menyelamat dan membantu daripada tebing yang licin.

Dua beradik Mohd. Iqbal dan Mohd. Izzat Azmi, bersama rakan-rakan tidak
kalah dengan keadaan yang berair dan berlumpur.

Didenda bergolek dilumpur kerana membuat kesilapan atau kesalahan.

Ketua rombongan Pn. Fauziah di hadapan SK Parit Penghulu.

Mohd. Shaifudin dengan pengalaman pertama memegang belut.

Mendengar penerangan dari urusetia tentang kehidupan belut.

Nurshahira dari 2KT2 nangis kerana dipermainkan dengan belut.

Mengenali buku-buku 'sekerap' di estet dari segi bau, warna dan rasa.
Siti Hajar dan rakan-rakan macam semut menghurung gula.

Empat sekawan posing cantik di dalam ladang getah.

Nur Fatihah 2KT2 bersama rakan membersihkan diri di dalam air.

Beramai-ramai menaiki lori ke destinasi seterusnya.

Pengalaman seronok menaiki 'storm' menuju ke stesen hujan.


Guru-guru menikmati kehijauan bendang.

Melihat kolam ternakan ikan darat yang disediakan.

Merasai suasana bendang dengan padi yang hampir masak.
Pemandangan kehijauan padi bunting.


Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang boleh kita berjumpa lagi.
Kata Cikgu Nurhayah Tahir.