Saturday 30 June 2012

PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA PAPAERMATE
Pada 21 jun 2012 yang lalu satu program Kesealmatan Bersama Paper Mate telah diadakan di dewan sekolah. Semua pelajar tingkatan 1 dan 2 terlibat. Program diadakan daripada jam 2.30 - 3.30 petang dengan dihadiri oleh dua orang wakil dari pengeluar Paper Mate.

Dalam slot ceramah keselamatan yang diberikan diadakan juga kuiz untuk dijawab oleh para pelajar. Setiap pelajar yang terlibat dengan kuiz diberikan cenderahati pen Paper Mate. Malah setiap pelajar telah diminta sebelumnya membawa seorang sebatang pen lama tidak kira jenama untuk ditukarkan dengan yang baru.
Setiap guru juga diberikan seorang sebatang pen.
 Sesi ceramah keselamatan terutama waktu pergi dan balik daripada sekolah.

 Pelajar sedang tekun mendengar ceramah.

 Aktiviti kuiz.


 Satu daripada slide yang dipaparkan.

 Bergambar bersama GPK Petang dan kaunselor.



Anatara poster yang dibawa dan dipamirkan.
CERAMAH ISRA' DAN MIKRAJ 2012M / 1433H
Sempena bulan Rejab 1433 H, Panitia Pendidikan Islam Sidang Petang telah mengadakan program ceramah Isra' dan Mikraj pada tarikh Jumaat 22 Jun 2012, jam 3.30 - 5.00 petang, bertempat disurau sekolah.

Ceramah disampaikan oleh Utz. Zaharudin daripada Padang Temu Melaka Beliau adalah seorang lulusan Qiraat Quran daripada Mesir. Ceramah melibatkan semua pelajar Islam tingkatan 1 dan 2.

 Tn. Hj. Adenar Mohamad sebagai Pengacara majlis bersama alfadhil ustaz Zaharudin.

 Kumpulan pelajar lelaki pada awal program.

 Kumpulan pelajar perempuan.

Alfadhil sedang memberi ceramah.
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.
Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj.

CERAMAH MOYIVASI DIRI 
Pada masa yang sama Panitia Pendidikan Moral pula mengadakan sesi ceramah motivasi untuk semua pelajar bukan Islam bertempat di dewan sekolah. Ceramah disampaikan oleh Cik Ku Hui Yong daripada Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia Cawangan Melaka.


 Pelajar mengambil bahagian dalam program.