Monday 20 February 2012

MERENTAS DESA 2012

Aktiviti merentas desa tahunan bagi sidang petang telah diadakan pada hari Khamis 9.2.12, mulai jam 8.00 pagi.
Sidang pagi pula akan diadakan pada bahagian petang pada hari yang sama.

GPK Kokurikulum En. Ramli Md. Jilis dan En. Luqman Hakim sedang memberi taklimat kepada pelajar-pelajar bertempat dihadapan dewan.

 Pelajar-pelajar sedang menunggu arahan selanjutnya.

En. Luqman sekali lagi memberi penerangan kepada para pelajar sebelum dimulakan larian melalui 
Taman Jati, sejauh 3.8 km.

Sebahagian daripada pelajar perempuan di dalam dewan untuk acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. 

Para pelajar duduk di dalam dewan untuk acara penyampaian hadiah. Sebahagian lagi di luar dewan.

Monday 13 February 2012

KARNIVAL PIBG

Karnival PIBG bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah bagi Parlimen Bukit Katil telah diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka pada hari Sabtu 11 Feb. 2012. Bermula jam 7.00 pagi berbagai acara dan pertandingan diadakan yang melibatkan pelajar, ibu bapa dan agensi-agensi kerajaan.
 GPK Petang bersama sebahagian pelajar Aspura sebelum acara merentas desa dan sukan rakyat dimulakan.

 Kesibukan digerai jualan barangan terpakai PIBG SMKMA. 
GPK HEM En. Muner Abd. Jalil dan guru-guru sedang membuat jualan dengan harga lelong serendah 
50 sen, RM1.00 dan RM5.00.
 Pengunjung dihadapan gerai PIBG Munshi.

Sambil menjual meminta sumbangan pembinaan surau baru .

Ahli-ahli Kumpulan Koir Munshi dengan pakaian lengkap masing-masing yang akan menyanyikan lagu "1Malaysia" dalam pertandingan koir guru.

Segak dengan pakaian tradisional rakyat Malaysia.


Kumpulan koir bersama Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka Datuk Hj. Yusof Osman, timbalannya Tn. Hj. Kassim Mohamad dan tuan pengetua Tn. Hj. Rashid Hj. Hussin.

Lagi gambar beramai bersama tuan pengetua.



TAKLIMAT MINGGUAN

Mulai tahun 2012, Talimat Mingguan khas kepada guru-guru sidang petang telah diadakan. Taklimat akan disampaikan oleh GPK Petang iaitu pada setiap hari Khamis selama 30 minit, dari 11.30 pagi hingga 12.00 tgh. . Tujuan utama taklimat ini adalah untuk menyampaikan mesej atau penerangan tentang program sekolah kepada setiap guru sidang petang, sebaik sahaja setiap kali diadakan Mesyuarat Pengurusan Kumpulan Pentadbir (G10) pada setiap hari Rabu sebelumnya.
Takluimat Mingguan ini juga adalah untuk mengurangkan penyertaan guru-guru sidang petang dalam setiap kali mesyuarat atau perjumpaan pada waktu petang. Mesyuarat atau perjumpaan selalunya diadakan pada jam 1.10 ptg. samada mesyuarat panitia,mesyuarat unit-unit HEM, Kokurikulum atau program-program yang hendak dijalankan oleh sekolah. Pada masa yang sama guru-guru mempunyai tanggungjawab mengajar di kelas.
Taklimat juga boleh memberi ruang kepada Pentadbir untuk meyampaikan mesej masing-masing pada masa yang ditetapkan.
 Taklimat berkaitan perjalanan aktiviti Rumah Sukan dan Program Merentas Desa 2012 oleh GPK Kokurikulum En. Ramli Md. Jilis bersama En. Luqman Hakim dan Pn. Alifah pada tarikh 2 Feb. 2012

Sebahagian daripada guru-guru sedang mendengar taklimat dengan penuh perhatian.