Monday 13 February 2012

TAKLIMAT MINGGUAN

Mulai tahun 2012, Talimat Mingguan khas kepada guru-guru sidang petang telah diadakan. Taklimat akan disampaikan oleh GPK Petang iaitu pada setiap hari Khamis selama 30 minit, dari 11.30 pagi hingga 12.00 tgh. . Tujuan utama taklimat ini adalah untuk menyampaikan mesej atau penerangan tentang program sekolah kepada setiap guru sidang petang, sebaik sahaja setiap kali diadakan Mesyuarat Pengurusan Kumpulan Pentadbir (G10) pada setiap hari Rabu sebelumnya.
Takluimat Mingguan ini juga adalah untuk mengurangkan penyertaan guru-guru sidang petang dalam setiap kali mesyuarat atau perjumpaan pada waktu petang. Mesyuarat atau perjumpaan selalunya diadakan pada jam 1.10 ptg. samada mesyuarat panitia,mesyuarat unit-unit HEM, Kokurikulum atau program-program yang hendak dijalankan oleh sekolah. Pada masa yang sama guru-guru mempunyai tanggungjawab mengajar di kelas.
Taklimat juga boleh memberi ruang kepada Pentadbir untuk meyampaikan mesej masing-masing pada masa yang ditetapkan.
 Taklimat berkaitan perjalanan aktiviti Rumah Sukan dan Program Merentas Desa 2012 oleh GPK Kokurikulum En. Ramli Md. Jilis bersama En. Luqman Hakim dan Pn. Alifah pada tarikh 2 Feb. 2012

Sebahagian daripada guru-guru sedang mendengar taklimat dengan penuh perhatian.

No comments:

Post a Comment