Sunday 20 May 2012

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSASKAN SEKOLAH (SPPBS)

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) ini dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk komponen akademik dan bukan akademik.

Ia digunakan untuk merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS serta menjana pelaporan apabila diperlukan.

Konsep: 
Ia merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).


Pelaksanaan: 
Ia telah dilaksanakan diperingkat sekolah rendah mulai tahun 2011 dan akan dilaksanakan sepenuhnya di peringkat UPSR 60:40 mulai 2016. Manakala di sekolah menengah mulai dengan tingkatan 1 tahun 2012 dan PMR 100% mulai 2014.


Penerangan PBS di sekolah:
Di SMK Munshi Abdulah, Melaka telah pun diadakan satu majlis penerangan dan penjelasan berkaitan PBS kepada ibu bapa dan penjaga pelajar tingkatan 1. Pada tarikh Jumaat 18.5.2012 jam 5.00 petang ibu bapa dan penjaga telah dijemput hadir untuk tujuan itu.

Penerangan dan penjelasan oleh Cikgu Borhan Abdullah, di dewan sekolah.