Monday 30 April 2012

MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP MINGGU ANTI DADAH 2012

              Unit PPDA, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab SLAD SMKMA telah mengadakan Program Minggu Anti Dadah bermula 27.3.12 hingga 3.4.12. Program diadakan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK), Jabatan Penjara Sungai Udang, Unit Farmasi Melaka dan Hospital Besar Melaka.
              Objektif program:
              1.     Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar tentang bahaya dadah.
              2.     Menggunakan aktiviti kesenian sebagai medium untuk menggalakkan penyertaan
                      pelajar dalam proses pembelajaran dan pendidikan berhubung pencegahan dadah.
              3.     Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi pelajar kearah perkembangan
                      yang sihat jauhi dari dadah.

             Berbagai program diadakan sepanjang minggu:
              1.     Penyebaran maklumat berkaitan bahaya dadah.
              2.     Pertandingan melukis poster.
              3.     Pertandingan mendeklamasi sajak.
              4.     Persembahan pelajar.
              5.     Pameran
              6.     Ceramah
              7.     Pertandingan menyediakan Buku Skrap
              8.     Menghias dan menceriakan Pondok Anti Dadah

 Mendeklamasi sajak anti dadah oleh seorang pelajar dari tingkatan 6.

 GPK HEM En. Muner, Tuan Pengertua Hj. Md. Rashid Hj. Hussin, 
GPK Tingkatan 6 En. Mohd. Yusri Seman dan GPK Petang bersama VIP yang diundang
Ketua Unit Pencegahan Dadah JPM Tn. Hj. Manan Omar.

Ucapan pembukaan dari Tuan Pengetua. 

 Sebahagian daripaad pelajar perempuan tingkatan 1 dan 2 sedang mendenagr ucapan.

Sebahagian daripada pelajar leleki tingkatan 1 dan 2.

Tn. Hj. Manan bersama GPK Tkn. 6 dan GPK Petang.

Sebahagian pelajar dengan pos tersendiri.