Sunday 9 October 2011

KURSUS KEPIMPINAN DAN JATI DIRI 2011

Tarikh :     Jumaat 30.9.11 - Sabtu 1.10.11
Sasaran :   Pengawas Percubaan T1, T4 dan T6B
Tempat :   Kem Saujana Asahan, Jasin, Melaka.
Anjuran :   Unit Disiplin dan Pengawas, Unit Ko-Kurikulum dan Unit Bimbingan & Kaunseling.
Perasmian Penutup :  Tuan Pengetua En. Md. Ali Saed.

Pintu gerbang Kem Saujana, Asahan.

Matlamat Kursus:
Kursus Kepimpinan Dan Jati Diri 2011 ini adalah anjuran Unit Disiplin Dan Pengawas serta 
Unit Bimbingan Dan Kaunseling , SMKMA Melaka. Kursus ini adalah sebagai salah satu
aktiviti yang dirancang oleh unit-unit ini. 
Tujuan aktiviti adalah untuk memenuhi tuntutan keperluan Falsafah Pendidikan Negara yang 
mengutamakan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek yang ibin diterapkan 
kepada setiap pemimpin. Selain daripada itu ia adalah untuk mengujudkan semangat kerjasama
dan toleransi di kalangan pemimpin. 
Oleh kerana keseluruhan pelajar yang terlibat merupakan pemimpin sekolah yang dilantik, maka
aktiviti adalah sebagai landasan awal untuk memupuk semangat berkumpulan, kerjasama dan saling membantu ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan. Secara tidak langsung, ia diharapkan 
dapat memberikan anjakan paradigma kepada setiap pemimpin yang menyertai kursus ini.

Tuan Pengetua En. Md. Ali Saed bersama guru-guru 
En. Borhan, En. Sulaiman (Guru Displin Sidang Petang), En. Ramli (GPK Ko-Ku), 
En. Masnawi (Guru Disiplin Sidang Pagi) dan En. Mohd. Yusri (GPK Tkn. 6).
Lokasi di hadapan Bangunan Pentadbiran kem.




Peserta mengaminkan doa  
dalam majlis perasmian penutup.




Lagi gambar peserta sedang mengaminkan doa.

No comments:

Post a Comment