Tuesday 4 October 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI SUNGAI RAMBAI, MERLIMAU.

Pada tarikh Khamis 22.9.2011 seramai 40 pelajar tingkatan 1 dan 2 bersama 4 orang guru
mengadakan lawatan ke Kem Modal Insan Parit Penghulu, Sungai Rambai.
Di bawah peruntukan panitia Geografi dan kaunseling, antara objektif lawatan ialah
 pendedahan kepada pelajar realiti kehidupan sebenar di kawasan kampung.

 Sejurus sampai ke destinasi dan sebelum minum pagi di dewan makan.

Guru-guru pengiring dari kiri Pn. Normala, Cik Nurhayah, Pn. Fauziah dan Pn. Zanariah.

Taklimat disampaikan oleh urusetia sebelum membuat aktiviti.

Mencari dan menangkap ikan keli Keli Afrika di kawasan paya.

Latihan bekerjasama dan semangat bersatupadu menutup buluh yang berlubang
supaya tidak keluar air yang dimasukkan.

Menceduk air menggunakan alat yang direka khas.

Latihan menyelamat dan membantu daripada tebing yang licin.

Dua beradik Mohd. Iqbal dan Mohd. Izzat Azmi, bersama rakan-rakan tidak
kalah dengan keadaan yang berair dan berlumpur.

Didenda bergolek dilumpur kerana membuat kesilapan atau kesalahan.

Ketua rombongan Pn. Fauziah di hadapan SK Parit Penghulu.

Mohd. Shaifudin dengan pengalaman pertama memegang belut.

Mendengar penerangan dari urusetia tentang kehidupan belut.

Nurshahira dari 2KT2 nangis kerana dipermainkan dengan belut.

Mengenali buku-buku 'sekerap' di estet dari segi bau, warna dan rasa.
Siti Hajar dan rakan-rakan macam semut menghurung gula.

Empat sekawan posing cantik di dalam ladang getah.

Nur Fatihah 2KT2 bersama rakan membersihkan diri di dalam air.

Beramai-ramai menaiki lori ke destinasi seterusnya.

Pengalaman seronok menaiki 'storm' menuju ke stesen hujan.


Guru-guru menikmati kehijauan bendang.

Melihat kolam ternakan ikan darat yang disediakan.

Merasai suasana bendang dengan padi yang hampir masak.
Pemandangan kehijauan padi bunting.


Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang boleh kita berjumpa lagi.
Kata Cikgu Nurhayah Tahir.

No comments:

Post a Comment