Friday 18 November 2011

MAJLIS TEMU WARIS AKHIR TAHUN

Majlis Temu Waris Akhir Tahun 2011 telah diadakan pada tarikh Jumaat 18.11.11. Majlis diadakan di dewan terbuka Wawasan bermula dari jam 3.00 hingg 5.00 ptg. Hampir semua pelajar tingkatan 1 dan 2 hadir bersama ibu bapa atau penjaga berjumpa dengan guru tingkatan masing-masing.
Selain daripada mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa/penjaga, guru-guru juga dapat berbincang tentang prestasi pelajaran pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun yang telah diadakan dari 17.10.11 hingga 1.11.11 yang lalu.
Ibu bapa akan diserahkan slip keputusan peperiksaan anak masing-masing serta senarai keperluan buku dan alat tulis yang patut disediakan untuk sesi persekolahan tahun 2012. Ibu bapa juga akan diserahkan wang bantuan sumbangan kerajaan sebanyak RM100.00 seorang kepada setiap pelajar yang masih belum mendapatkannya.

Pengawas Senior dan Pengawas Percubaan membantu guru menyambut ibu bapa
dan penjaga di pintu masuk sekolah.

Suasana di Dewan Wawasan memperlihatkan kehadiran pelajar dengan keluarga masing-masing.


Objektif Program:
1.     Memperkukuhkan hubungan yang lebih erat antara guru dan ibu bapa/penjaga demi memastikan kejayaan dalam bidang akademik dan sahsiah pelajar.
2.     Ibu bapa menerima maklum balas dari guru-guru berkaitan akademik dan sahsiah pelajar semasa disekolah berasaskan keputusan ujian dan peperiksaan sepanjang tahun.

3.    Kehadiran ibu bapa diharap dapat meningkatkan perasaan serta semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar untuk terus berjuang dalam pelajaran demi masa depan mereka.

Ibu bapa/penjaga begitu bersemangat dan penuh perhatian ketika berhadapan dengan guru tingkatan.

Penerangan dan perbincangan dengan ibu bapa oleh cikgu Siti Faezah Jumali dan
juga cikgu Hanani Rahayu Ab. Jalil.

Sama-sama melihat dan memberi tumpuan daripada keputusan pelajaran anak.

Melentur buluh dari rebung. Setelah keras dibuat sampan
Dari kecil anak dikendung. Sudah besar menjadi harapan.


No comments:

Post a Comment