Tuesday, 4 October 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI SUNGAI RAMBAI, MERLIMAU.

Pada tarikh Khamis 22.9.2011 seramai 40 pelajar tingkatan 1 dan 2 bersama 4 orang guru
mengadakan lawatan ke Kem Modal Insan Parit Penghulu, Sungai Rambai.
Di bawah peruntukan panitia Geografi dan kaunseling, antara objektif lawatan ialah
 pendedahan kepada pelajar realiti kehidupan sebenar di kawasan kampung.

 Sejurus sampai ke destinasi dan sebelum minum pagi di dewan makan.

Guru-guru pengiring dari kiri Pn. Normala, Cik Nurhayah, Pn. Fauziah dan Pn. Zanariah.

Taklimat disampaikan oleh urusetia sebelum membuat aktiviti.

Mencari dan menangkap ikan keli Keli Afrika di kawasan paya.

Latihan bekerjasama dan semangat bersatupadu menutup buluh yang berlubang
supaya tidak keluar air yang dimasukkan.

Menceduk air menggunakan alat yang direka khas.

Latihan menyelamat dan membantu daripada tebing yang licin.

Dua beradik Mohd. Iqbal dan Mohd. Izzat Azmi, bersama rakan-rakan tidak
kalah dengan keadaan yang berair dan berlumpur.

Didenda bergolek dilumpur kerana membuat kesilapan atau kesalahan.

Ketua rombongan Pn. Fauziah di hadapan SK Parit Penghulu.

Mohd. Shaifudin dengan pengalaman pertama memegang belut.

Mendengar penerangan dari urusetia tentang kehidupan belut.

Nurshahira dari 2KT2 nangis kerana dipermainkan dengan belut.

Mengenali buku-buku 'sekerap' di estet dari segi bau, warna dan rasa.
Siti Hajar dan rakan-rakan macam semut menghurung gula.

Empat sekawan posing cantik di dalam ladang getah.

Nur Fatihah 2KT2 bersama rakan membersihkan diri di dalam air.

Beramai-ramai menaiki lori ke destinasi seterusnya.

Pengalaman seronok menaiki 'storm' menuju ke stesen hujan.


Guru-guru menikmati kehijauan bendang.

Melihat kolam ternakan ikan darat yang disediakan.

Merasai suasana bendang dengan padi yang hampir masak.
Pemandangan kehijauan padi bunting.


Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang boleh kita berjumpa lagi.
Kata Cikgu Nurhayah Tahir.

Monday, 3 October 2011

PELANCARAN MAJALAH PERSATUAN BAHASA CINA

Barisan VIP bersama Tuan Pengetua En. Md. Ali Saed, Guru Penasihat 
Persatuan Bahasa Cina En. Ng Chee Keong, GPK HEM En.Muner Abd. Jalil
dan GPK HEM En. Ramli Md. Jilis.

Barisan tetamu Datuk Tan Swee Yen, Pn. Fan Bee Lan, Mrs. Lim Eng Teck dan 
En. Goh Teck Foo dari surat China Press.
Pelancaran Majalah Bahasa China Edisi ke-30 pada tarikh Rabu 28.9.2011, 
jam 1.00 ptg. di dewan besar SMKMA.

Kumpulan muzik Cina daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 di atas pentas.

Mereka sedang membuat persembahan.

Lagi persembahan dihadapan tetamu dan penonton.

Sebahagian daripada pelajar Cina tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Bawah bersama
guru-guru En. Lee, En. Seet, Cik Goh dan Pn Lim Soo Hwa sedang ashik 
memerhatihan persembahan kumpulan muzik Cina.

PENGAWAS DAN GURU UNIT DISIPLIN

Barisan Pengawas tingkatan 2 tahun 2011 bersama guru-guru disiplin dan GPK Petang.
Pada tarikh 23.9.2011.
Penyelaras Tingkatan 1:   Pn. Zanariah Jumaat
Penyelaras Tingkatan 2:   Pn. Tan See Choon
Ketua Guru Disiplin :   En. Mustafa Kamal Abd. Majid
Guru Pengawas :   Pn. Noriah Jalal
Guru Disiplin :   En. Sulaiman Abd. Razak
Guru Disiplin :   Cik Wong Yoke Fuen.


Sunday, 2 October 2011

PENUTUP PROGRAM CERIA MERDEKA 2011

Pada tarikh Jumaat 23.9.2011, jam 5.10 ptg. semua pelajar berkumpul di gelanggang
bola tampar untuk Majlis Penutup Program Ceria Merdeka 2011.

Komen daripada Guru Bertugas Mingguan, En. Nik Mohamad Amri dan Utzh. Norhayati Mahat.

Sebahagian pelajar perempuan sedang dipantau oleh pengawas Navita dan Siti Hajar.

GPK Petang bersama Penyelaras Tingkatan 2 Pn. Tan See Choon
dan Penyelaras Tingkatan 1 Pn. Zanariah Jumaat.

Antara guru-guru yang berada di kantin sekolah.


MC perhimpunan Kaunselor, En. Amran Zainal memulakan acara.
Kelihatan hamper untuk diserahkan kepada pemenang-pemenang daripada
pertandingan yang telah dijalankan.

Guru-guru disiplin En. Mustafa Kamal dan En. Sulaiman sedang memantau pelajar bersama
pengawas dari asrama lelaki (Aspura).

GPK Petang En. Mansor Idris sedang membacakan perutusan daripada
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.



Barisan guru-guru di bahagian hadapan perhimpunan.

Hadiah disampaikan kepada pelajar.

Antara pemenang yang sempat dirakam.

Wakil kelas 2PK1 antara yang banyak menerima hadiah.

Wakil tingkatan 2KT5, Eric Chua juga menerima hadiah suntikan semangat merdeka.



Juara kumpulan koir dari 2KT1 membuat persembahan.

Menyanyikan lagu 1Malaysia.

Lagi pelajar Aspura dengan uniform hari Jumaatnya.


Thursday, 15 September 2011

ASPURA BALIK BERCUTI UNTUK SAMBUT MERDEKA.

                        
Erti Kemerdekaan
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 


Tarikh Khamis 15 Sept. 2011, jam 7.00 ptg.
Budak-budak Aspura tkn. 1 & tkn. 2 nak balik bercuti sambut
Hari Kemerdekaan ke 54 dan Hari 1Malaysia, esoknya Jumaat 16 Sept. 2011.

Lagi pelajar Aspura tkn. 2.


P&P DI MAKMAL SAINS

Guru Sains Pn. Nurul Ain Danyal sedang memantau pelajar 1PK2 menjawab latihan.

Pelajar lain kelas 1PK3 sedang menyalakan penunu bunsen.

Pelajar 1PK3 dengan gurunya Cik Chiu Siew Yee  dalam latihan amali.

Lagi pelajar 1PK3 sedang membuat amali.